8.6 : Teknik menggunakan Buku Teks sebagai sumber bacaan

 






APA ITU TEKNIK SQ3R ?

 

 

·       SQ3R ialah Teknik membaca kritis.

·       Diperkenalkan oleh Robinson (1961).

·       Merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang

mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam

suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

 






APA ITU KWLH  ?

 

•Diperkenalkan oleh Donna Ogle (1986).

•Teknik ini ialah Kembangan daripada Teknik KWL.

•Pada peringkat permulaan, guru boleh memperkenalkan Teknik KWL terlebih dahulu.Teknik ini digunakan untuk menjana pemikiran yang aktif melalui pembacaan secara kritis.

•Ia dilakukan dengan mengaktifkan pengetahuan lalu /sedia ada  untuk mendapatkan pengetahuan baharu,kemudian murid membina soalan untuk memenuhi tujuan bacaan serta memantau pemahaman.

 

 







Jadual di bawah sebagai contoh penerapan proses membaca menggunakan teknik KWLH:

 




 

TEKNIK PQRST

 

·       Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk “Improving Reading In Every Class“.

·       Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda

 

 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST : 

 

KOMPONEN

KETERANGAN

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)

MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)

UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan